Provokasi Punca Kekecohan Di Bukit Gantang

TAIPING: Berlaku sedikit kekecohan di luar pusat penamaan calon Parlimen Bukit Gantang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Kekecohan berlaku dipercayai berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong parti sebelum mereka memasuki kawasan yang dikhaskan kepada parti masing-masing.

Polis bertindak pantas menyuraikan kekecohan itu dengan mengarahkan kedua-dua penyokong parti kembali ke kawasan masing-masing.

Keadaan kembali tenang apabila lebih ramai anggota polis ditempatkan di tengah kawasan kedua-dua penyokong parti itu.

Tiada sebarang kecederaan dialami penyokong kedua-dua parti. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.