Othman Omar dilantik pengarah besar Felda

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini melantik Datuk Dr Othman Omar sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa 1 Oktober 2018.

Pengerusi Felda Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata Othman akan menggantikan Datuk Ab Ghani Mohd Ali yang akan bersara selepas berkhidmat dengan agensi kerajaan tersebut selama 37 tahun.

“Dr Othman mempunyai pengalaman yang luas bukan hanya dalam sektor korporat, tetapi juga bersama agensi kerajaan semasa di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Megat Zaharuddin berkata, setelah terlibat dalam beberapa projek penjenamaan semula, pembangunan usahawan, transformasi dan penstrukturan, ahli lembaga berpendapat Othman memiliki kemahiran dan kebolehan untuk menerajui kumpulan Felda dalam mengatasi cabaran semasa.

Beliau juga mampu membangunkan organisasi dan warga Felda ke arah visi Felda iaitu menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif, katanya.

– Bernama

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.