Ridzuan, Latif pecah rekod dunia di Jakarta

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Juara Sukan Paralimpik Rio, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly terus mengharumkan nama negara selepas masing-masing mencipta rekod dunia baharu di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, hari ini.

Mohamad Ridzuan menampilkan aksi cemerlang dengan catatan 11.87 saat mengatasi catatan 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetsov dalam acara 100m T36 (cereberal palsy) untuk meraih pingat emas.

Abdul Latif mengekalkan penguasaan dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) selain berjaya melakukan lompatan sejauh 7.64 meter mengatasi catatan 7.60m yang dilakukannya di Sukan Paralimpik Rio, dua tahun lalu.

Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menjadi atlet pertama negara menyumbang pingat emas di temasya Para Asia selepas menjuarai acara 400m wanita T20 dengan catatan 58.69s manakala Nasharuddin Mohamad menyumbang pingat emas kedua menerusi acara 400m lelaki T20 selain turut membuat rekod baharu Asia dengan catatan 49.32s mengatasi catatan 49.58 yang dilakukannya di Dubai, awal tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/ridzuan-latif-pecah-rekod-dunia-di-jakarta-1.764068#ixzz5TRrtkbot
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.