Shakib dilantik sebagai pemangku ketua pengarah Finas

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam kenyataan semalam berkata, Shakib akan menggantikan tempat Datuk Fauzi Ayob yang menempatkan kontrak semalam.

Gobind turut mengumumkan pelantikan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pengarah FINAS bagi menggantikan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Pelantikan itu juga berkuat kuasa semalam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.