Saleem Meninggal Dunia

Penyanyi Saleem dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini.

Saleem, 56, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.15 pagi tadi, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Menurut Harian Metro, khabar itu disahkan oleh isteri Saleem, Juriah@Julia Bachok.

Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed dirawat di hospital itu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu.

Dalam kejadian di Lebuhraya Grand Saga itu, vokalis kumpulan Iklim itu yang sedang menaiki motosikal dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang yang mengakibatkan sembilan tulang rusuknya patah, dengan satu daripadanya mencederakan paru-parunya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.