Dr. M gembira Anwar kembali

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan rasa gembira dengan kembalinya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kemenangan Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sudah dijangka dan tidak boleh dinafikan.

“Kami sudah jangka Anwar akan kembali. Kita tahu beliau akan menang bila tujuh orang bertanding, undi pembangkang akan berpecah kepada enam.

“Orang ketujuh akan menang dengan undi yang besar. Sudah tentu saya gembira, kami dari parti yang sama,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.