Harimau Malaya tewas 0-1 di laman sendiri

MELAKA, 16 Okt (Bernama) — Skuad Harimau Malaya tewas tipis 0-1 di laman sendiri pada perlawanan persahabatan kelas A di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini.

Skuad bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe bermula garang apabila melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan namun gagal menghasilkan gol sehingga akhir permainan.

Gawang gol pasukan Republik Kyrgyz diuji dengan serangan merbahaya yang dilakukan oleh penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29 dan 43 namun dua cubaan itu terkena palang.

Bagaimanapun, di babak kedua Republik Kyrgyz mendapat gol tunggal menerusi Sagynbaev Bekzhan yang menggantikan Shakirov Sherzot yang melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-68.

Cheng Hoe pula berkata menang atau gagal bukan perkara utama, apa yang lebih penting adalah pemain dapat belajar sesuatu malam ini dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.