EMEL PEMBACA: Najib Razak Tak Sayang Felda Pun Sebenarnya

Pada tahun 1996, Tun Mahathir hentikan bantuan kepada Felda sebab kerajaan dah beri Felda beratus ribu hektar tanah untuk menampung perbelanjaan Felda. Felda melalui Felda Holdings menjana keuntungan berbilion ringgit kepada Felda setiap tahun sehinggalah kerajaan pada 2012 gadaikan tanah tersebut kepada FGV! Penyenaraian FGV bukan sahaja merugikan dan memburukkan keadaan Felda malahan prestasi FGV sendiri sehingga hari ini makin teruk!

Hutang Felda 8 bilion bukan baru wujud tetapi legasi sejak kerajaan sebelum ini, sesiapa saja boleh baca sendiri hutang berbilion ini di laporan tahunan Felda yang ada di website parlimen. Sepatutnya dari dulu lagi kerajaan bantu Felda.

Siapa tak suka dapat insentif dan bonus tapi peneroka tidak tahu insentif dibayar dengan mengambil hutang, Felda yang merana! Walaupun mengetahui keadaan kewangan Felda yang kritikal, kerajaan pada masa itu tetap melaksanakan program-program yang membebankan Felda.

Penjualan aset2 Felda seperti hotel London dan saham Maybank juga dilaksanakan sejak tahun lepas. Kenapa kerajaan pada masa itu tak bantu Felda? Kalau kerajaan dah bantu dari dulu, tentu kewangan Felda masih kukuh dan tak berlaku kelewatan bayaran kini. Kasihan mak ayah saya.

_Catatan Anak Felda Raja Alias_

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.