SPRM pamer pendapatan ahli politik kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempamerkan pendapatan ahli politik kerajaan yang mengisytiharkan harta masing-masing kepada mereka.

Ia dimuat naik di Portal Perishtiharan Harta SPRM.

Pagi tadi pendapatan Menteri Kewangan paling tinggi diikuti dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lain-lain.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail berada di kedudukan kesembilan.

Bagaimanapun tengah hari ini, terdapat perubahan dibuat apabila kedudukan itu berubah dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berada di tempat kedua.

Kemungkinan laman web itu sedang dikemas kini.

Maklumat itu tidak menjelaskan jumlah itu untuk tempoh berapa lama, sama ada sebulan atau tempoh lain.

Begitu juga sama ada ia adalah pendapatan sendiri atau bersama anggota keluarga yang lain.

Tiada pecahan pendapatan dipamerkan buat masa ini susulan “masalah teknikal”.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.