Bantuan Sara Hidup RM500 hingga RM1,000

BELANJAWAN 2019 l Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah akan diteruskan dengan penyaluran peruntukan secara lebih bersasar.

Katanya, kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.

“Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.

“Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

“Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.