Mufti WP tiup semangat Harimau Malaya

PIALA AFF | Skuad Harimau Malaya mendapat suntikan istimewa beberapa jam sebelum mereka turun padang berdepan Laos dalam saingan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Difahamkan tetamu terbabit datang ketika pemain – yang beragama Islam – sedang melakukan solat zuhur.

Tetamu itu ialah Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad.

Melalui hantaran di Facebooknya Zulkifli singgah seketika di tempat pemain Harimau Malaya itu membuat persiapan untuk memberikan kata-kata semangat buat mereka.

Mufti terbabit kemudian memberikan tazkirah ringkas serta pesanan perangsang buat mereka dalam usaha melakar kejayaan kedua selepas menewaskan Kemboja sebelum ini.

“Apa yang penting ialah disiplin dan kerja berpasukan.

“Tahniah jurulatih Tan Cheng Hoe atas kegigihan melatih barisan Harimau Malaysia yang bakal beraksi malam ini jam 8.45 menentang Laos bagi merebut Piala AFF Suzuki.

“Saya doakan semoga berjaya dan terus cemerlang,” kata Zulkifli.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.