FELDA lancar polisi antirasuah dan penyelewengan

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melancarkan Polisi Anti Rasuah dan Penyelewengan edisi pertama yang berkuatkuasa Disember ini sempena sambutan Hari Integriti Felda 2018.

Polisi ini menggariskan jenis salah laku rasuah, percanggahan kepentingan, salah guna kuasa dan penyelewengan yang ditegah undang-undang untuk rujukan kepada semua warga FELDA bagi melaporkan sekiranya berlaku salah laku.

Felda komited untuk memastikan segala urusniaga dilaksanakan secara beretika, profesional dan berlandaskan undang-undang serta peraturan untuk menambah nilai kepada kepentingan peneroka.

Komitmen ini dibuat oleh Pengerusi Felda semasa merasmikan Hari Integriti Felda 2018 dihadapan kira-kira 800 hadirin yang terdiri dari Pengurusan Tertinggi Felda, Ahli-ahli Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), belia Felda, petugas Felda, petugas Felda Technoplant dan Felda Invesment Corporations dan vendor-vendor Felda.

Sementara itu Pengarah Besar Felda, Dr. Othman Omar berkata penganjuran Hari Integriti Felda 2018 diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dan pematuhan semua undang-undang, polisi dan peraturan yang sedia ada.

“Ini akan menjadikan kumpulan pengurusan Felda sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan (responsible and accountable corporate citizen).-FELDAVOICE.COM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.