Beri Saya 2 Tahun Untuk Pulihkan FELDA- Tan Sri Megat Zaharuddin

KUALA LUMPUR- Pengerusi FELDA, YBhg Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor menegaskan bahawa beliau memerlukan 2 tahun untuk memulihkan semula FELDA.

“Walaubagaimanapun usaha untuk memulihakan FELDA ini memerlukan kerjasama banyak pihak termasuk komuniti serta warga FELDA sendiri”, jelas beliau.

Beliau bercakap ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan FELDA kali ke-22 di Menara FELDA.

Dalam majlis tersebut seramai 496 pelajar diraikan dengan meriah dan 6 orang Pelajar cemerlang diraikan dengan menerima sumbangan Sijil Koperasi Permodalan FELDA (KPF) bernilai RM500.

YBhg.Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor turut merasmikan Kursus Pembantu Dialisis dimana lepasan kursus ini berpeluang mendapat pekerjaa di Pusat Dialisis Yayasan FELDA dan pusat-pusat dialisis yang lain serta sebagai pembantu Farmasi dan tenaga pengajar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.