Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Felda Kali Ke-22

KUALA LUMPUR – Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan FELDA Kali Ke-22 telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, Pengerusi Yayasan FELDA merangkap Pengerusi FELDA.

Seramai 496 pelajar menerima Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), serta sijil dari City&Guilds, United Kingdom.

Kesemua kursus kemahiran ini memgunakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standard (NOSS).

Enam orang pelajar cemerlang yang diraikan hari ini turut menerima sumbangan RM500 yang akan diberi dalam bentuk Sijil Koperasi Permodalan FELDA (KPF)&KPF 2.

Yayasan FELDA yang ditubuhkan pada 1998 ini merupakan “CSR Arm” kepada FELDA dan FGV.

Lebih 15 kursus kemahiran telah dianjurkan dengan lebih 17,000 orang pelajar telah dilatih.

Ianya merupakan satu usaha murni dan keperihatinan FELDA dan FGV dalam membantu warga dari desa terutama generasi baru FELDA supaya mendapat “Pendidikan Lanjutan” seterusnya memulakan hala tuju sama ada dalam bidang pekerjaan berkaitan ataupun menceburi bidang keusahawanan.

Pada majlis ini, YBhg Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor turut merasmikan Kursus Pembantu Dialisis.

Kursus berkenaan akan diadakan dalam tempoh 6 bulan setiap tahap bermula Januari 2019 dan mereka berpeluang mendapat pekerjaan di Pusat Dialisis Yayasan FELDA serta bekerja dalam sektor Farmasi dan tenaga pekerja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.