PEMAKLUMAN BAYARAN HASIL

FELDA membuat pengumuman telah membayar melakukan pembayaran hasil sebenar Buah Tandan Segar (BTS) dan getah kebun peneroka bagi bulan November 2018 mulai semalam, 17 Disember 2018 kepada akaun peneroka.

Manakala peneroka yang menerima bayaran secara tunai boleh berhubung dengan pengurusan Rancangan masing-masing.

Pinjaman sara hidup dan juga pinjaman pendahuluan hasil yang sepatut dibayar pada 25 November 2018 diseluruh negara masih tertangguh kerana FELDA berhadapan dengan masalah kecairan tunai yang kritikal.

Perkara tersebut adalah dalam perhatian dan keutamaan FELDA. Pengurusan FELDA sedang berusaha menangani perkara ini dan akan memastikan ia diselesaikan segera.
Sekian.

FELDA, 18 Disember 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.